This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, 23 May 2012

Promosi Delima Plus GSC Di Kedai Sahabat Roselle

Promosi Delima Plus GSC Di Kedai Sahabat Roselle 

Promosi Delima Plus GSC


Promosi Delima Plus GSC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Sebagai tanda penghargaan 
kepada pelanggan dan penyokong 
Produk Halal Muslim
 khususnya kepada Sahabat Roselle Marketing,
1 Kotak - 1 kotak 12 sachet 30 gm. RM 45
 (Kos Pos Rujuk Citylink) . 
Untuk beli online, sila klik di sini.

 Rasa Delima Plus GSC seperti sirap bandung, enak bukan?

Jangan tunggu lagi...pesan Delima Plus GSC anda.  Ikuti arahan bayaran dan penghantaran. Minuman sedap dan mujarab, amalkan setiap hari....
Anda akan merasai perbezaannya.
 
Dapatkan Delima Plus GSC di semua Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing, klik di sini.

Hubungi Sahabat Roselle Marketing 019 770 3029, segera.

Apakah yang lebih istimewanya produk Delima plus GSC (Formulasi Alhadi)?

Kebaikan gabungan kompenan yang ada didalam produk telah dinilai dengan teliti disamping rumusan yang dicipta mempunyai rasa yang unik,sedap dan memuaskan bagi setiap orang yang meminumnya pasti akan mencubanya sekali lagi.

Formula Alhadi minuman sedap dan mujarab. 

Khasiat Kandungan Delima plus GSC
 
Saiz Bacuhan/Paket Per 30 gm
Tenaga 120 kcal
Karbohidrat 23.4 gm
Lemak 2.4 gm
Protein 3.9 gm
Serat 0.3 gm

Penyediaan dan Penggunaan.

Larutkan dalam 250ml air suam dan kacau. Minum satu sachet sekali sehari. Sesuai untuk semua peringkat umur. Boleh diminum panas atau sejuk.



Kelebihan dan Khasiat Delima plus GSC
  • Mampu memberikan perlindungan kepada sel badan daripada ancaman luaran seperti radikal bebas atau bahan toksik.
  • Bantu meningkatkan daya tahan, melawan jangkitan kuman atau patogen serta dapat mengimbangi imun sistem yang tidak stabil atau over active.
  • Bantu menyerlahkan keremajaan dan kehalusan pada kulit, memberikan bentuk badan yang ideal dan kelihatan lebih muda secara semulajadi.
  • Bantu melindungi kelenjar prostat, payudara, pundi kencing, organ paru-paru dan kulit daripada ancaman kanser.
  • Menyihat dan bantu menguatkan jantung dengan cara menghalang pembentukan plaque dan melancarkan pengaliran darah.
  • Bantu memecahkan lemak terutamanya lemak viscera, dapat memperbaiki nisbah berat otot dan lemak badan dan dengan itu boleh membantu menurunkan berat badan.
  • Bantu mengawal atur aras gula darah serta bantu menurunkan aras LDL (kolestero jahat) dan meningkatkan aras HDL (kolestrol baik) dan dengan itu boleh menghalang gejala sindrom metabolik.
  • Menyegarkan mata dan boleh memperbaiki penglihatan malam.
  • Bantu mengurangkan tekanan (stress) dan melegakan migrain.
  • Bantu meningkatkan aktiviti dan fungsi minda, menguatkan ingatan, meningkatkan tumpuan dan mengurangkan kemurungan.
  • Menguatkan keupayaan dan stamina membekalkan tenaga semasa melakukan aktiviti harian, mengerjakan haji dan berpuasa.
  • Bantu mempercepatkan penyembuhan luka daripada kecederaan, pembedahan dan meningkatkan proses pemyembuhan daripada penyakit.
  • Bantu menyihatkan dan menguatkan rawan, otot, sendi serta mencegah osteoporosis.
  • Bantu mengurangkan gastrik dan menggalakkan flora usu yang sihat.
  • Bantu mengurangkan tekanan oksidasi kepada pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kronik dan dapat mengurangkan komplikasi penyakit tersebut.
  • Bantu melindungi badan daripada penuaan pramatang.

Tuesday, 22 May 2012

Promosi Barang Runcit di Kedai SRM

Promosi Harga  Barang Runcit di Kedai SRM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


TERKINI!!!! SALE!!!!
Jualan Murah...

Sebagai tanda terima kasih kepada 
para pelanggan setia Sahabat Roselle Marketing,
yang selama ini sangat memberi sokongan padu kepada produk 
Halal Thoyyiba Halal Muslim
yang dipasarkan oleh Sahabat Roselle Marketing, 
Sahabat Roselle telah mengadakan suatu jualan harga istimewa
 buat semua pelanggan rakan pengguna SRM.

Alhamdulillah, 16/5/2012, Syarikat Sahabat Roselle Marketing 
telah pun berusia 6 tahun secara rasminya.

Sebagai tanda terima kasih kepada para penyokong dan pecinta Produk Halal Muslim yang dipasarkan oleh Sahabat Roselle marketing, maka kami dengan ini mengadakan jualan promosi barang runcit di Kedai Sahabat Roselle Marketing.

Dapatkan barang runcit, keluaran Muslim, lagi halal thoyyiba
di Kedai Sahabat Roselle Marketing.

 Mayonis Halal Muslim

Belacan siap dibakar.


Sardin PERTIMA,
Harga biasa; Besar 5M5.50
Kecil RM3.00

Harga Kini:
RM 2.70 (Kecil)
RM5.00 (Besar)

Ayam Organik Halal Lagi ThoyyiBa


Cepat ke Kedai Sahabat Roselle Marketing.

DAN BANYAK LAGI.
DATANGLAH KE KEDAI KAMI.
ATAU TERUS KE BELI ONLINE DENGAN KAMI, DI SINI.

Sila hubungi Hotline SRM, Encik Yusuf, 0197703029. 

Hotline Kedai SRM Puchong: 019 7773194 atau 013 3590210 

Atau boleh terus kunjungi Kedai Sahabat Roselle di:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 



Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

Monday, 21 May 2012

Video Gerhana Matahari Mei 2012

Fenomena Gerhana Matahari Mei 2012 Meredupkan langit






Gambar gerhana matahari di Indonesia.


Gerhana matahari cincin yang berlangsung 20 mei lalu  tidak dapat dinikmati semua penduduk bumi.

Matahari dan bulan berada segaris dengan Bumi dalam peristiwa astronomi jarang ditemui pada Minggu, 20 Mei 2012, dan hari ini, Isnin, 21 Mei 2012. Gerhana yang sekejap itu membuat matahari membentuk cincin api dan meredupkan langit sebahagian kawasan Asia dan Amerika Utara.

Jenis gerhana semacam itu terjadi hampir setiap tahun. Tapi pemerhati bintang tidak melihat bentuk menyerupai cincin api dalam gerhana yang berlaku di Amerika Syarikat sejak tahun 1994.




Peristiwa semacam itu selanjutnya tidak akan terjadi sehingga tahun 2023, demikian menurut laporan dalam laman agensi berita Reuters.

Berikut ini beberapa website yang menyiarkan siaran langsung Gerhana Matahari 2012

1. http://events.slooh.com/
Slooth Space Camera akan menyiarkan langsung pengamatan dari Jepun, California, Arizona, dan New Mexico mulai Minggu, 21.30 GMT.

2. http://panasonic.net/eclipselive/
Perusahaan elektronik asal Jepun Panasonic, menyiarkan langsung gerhana matahari dari ketinggian 3.776 meter di Gunung Fuji.

3. http://www.weather.gov.hk/gts/hksm/astrophoto.htm
Siaran langsung ini disediakan Hong Kong Observatory and Hong Kong Space Museum. Sudut pengamatan dari beberapa kota di selatan Cina.

4. http://www.ustream.tv/channel/scottys-sky

Siaran ini disajikan seorang penggemar astronomi, Scotty Degenhart, dari Area 51 Nevada, Amerika Serikat, yang berjarak sekitar 130 kilometer dari Las Vegas.



"Itu kerana fenomena tersebut memerlukan tata letak orbit tertentu," kata saintis luar angkasa NASA, Jeffrey Newmark.

Gerhana berbentuk cincin api terjadi saat orbit bulan berada pada titik terjauh dengan Bumi dan lebih dekat ke matahari. Posisi sejajar itu membuat bulan menutup lebih dari 90 peratus cahaya matahari.

"Ini seperti meletakkan tinju di depan matamu, kau boleh menutup pandangan seluruh gunung. Ini adalah kesan seperti itu," kata Newmark.

Gerhana itu pertama kali terlihat di bahagian selatan Asia kemudian bergerak melintasi Pasifik, lalu melakukan perjalanan dengan jalur diagonal melintasi bahagian Oregon, Nevada, Utah, Arizona, dan New Mexico. Gerhana dijangka menghilang di Texas bersama matahari terbenam.

Meski siang tidak berubah jadi malam, cahaya meredup saat bulan bergerak ke depan matahari, dan perlahan kembali lagi saat bulan bergerak menjauh.

Dari awal hingga akhir, gerhana hanya boleh dilihat selama dua jam. Pemandangan yang disebut ring of fire ini boleh dilihat pada puncak gerhana, meski berakhir dalam masa kira-kira empat minit dan hanya boleh dilihat penonton yang menyaksikan di sepanjang garis tengah jalur gerhana.

Mee Segera Apa kandungannya yang perlu anda tahu

Mee Segera Apa kandungannya yang perlu anda tahu



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Selama ini makan mee segera atau juga mee instant ni mungkin di kalangan kita merasakan ia ok jer. 

Mee segera, sudah menjadi budaya masyarakat kita. Mungkin dalam sehari ada yang makan mee segera sehingga 3 bungkus. Apatah lagi bagi pelajar terutama pelajar kolej/ universiti, ramai yang kerap mengambil mee segera sebagai ganti makan nasi. Ini kerana untuk menjimatkan budget kewangan.

Memang tidak dapat dinafikan, ramai yang telah mengetahui keburukan pengambilan mee segera. Tetapi disebabkan harganya yang murah dan mudah dimasak, menyababkan ia tetap menjadi pilihan ramai pengguna.

Nasihat untuk para pembaca blog ini,  elakkanlah mengambil mee segera. Walaupun murah dan menjimatkan ianya tetap menjejaskan tahap kesihatan. 

Malah, akan lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas. Perlu kita ingat, kesihatan tu lebih penting dari segalanya. Kesihatan yang Allah anugerahkan hendaklah kita jaga dengan sebaiknya.

Tubuh badan kita ni juga perlukan makanan berkhasiat, selain yang penting halal thoyyiba.

Terutama kepada adik-adik yang masih bergelar pelajar @ mahasiswa, cubalah elakkan memakan mee segera. Jika untuk berjimat sekalipun, cubalah makan makanan lain yang lebih berkhasiat.

Sebagai ibu bapa pula, kita mesti mengambil tahu kesan keburukan mengambil mee segera sebagai ganti nasi dan lauk pauk utama dalam jangka masa panjang.
 Wahai orang tua, rawatlah anakmu dengan sebaik-baiknya, jangan sia-siakan anakmu apalagi menyakitinya. Lindungi kesihatannya!

Untuk pengetahuan anda semua, kesannya mungkin bukan sehari dua. Ia akan memberi kesan ketika waktu  sudah tua (50-70) ataupun ketika pertengahan umur( 30-40).

10 bahan terlarang yang kita tanpa sedari!

1. Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2. Asid tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Ia lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3. Kalsium oksida: Digunakan untuk rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga (rictsect contohnya).

4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5. Butylated hydroxytoluene (BHT) : Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada buah pinggang.

6. Propyl Gallate: Satu xenoestogen  (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (digunakan dalam bahan cuci, pinggan mangkuk), bahan smak untuk kulit juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, applikasi lombong dan rawatan air.

8. Propylane Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neorologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin,  antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu untuk (menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10. Pewarna tiruan: (contohnya Sunset Yello FCF Tartrazine) ia menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak: mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf, dan mungkin boleh menjadi penyebab kanser.

Nota tambahan:  

Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia adalah dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Atas faktor itulah kenapa mee segera mengandungi natrium yang tinggi. (Memang tidak elok untuk jangka panjang, garam yang berlebihan boleh menyebabkan serangan darah tinggi)

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. 

Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Sumber : Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

Friday, 18 May 2012

Catatan Umrah Al Mukhtara Hotel Madinah AlMunawara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tidak lengkap Umrah kita jika kita tidak mengunjungi Madinah Munawwarah yang juga merupakan Tanah Haram selepas Mekah Mukarramah. 

Di Madinah terletaknya Masjid Nabawi yang merupakan pusat usaha Dakwah Nabi besar kita Muhammad SAW. 

Di Madinah juga banyak tempat bersejarah dimana perjuangan Nabi dan para Sahabat berjuang menegakkan Islam dan pusat pengajaran Ilmu oleh Nabi SAW kepada umat Islam yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar. 

Secara peribadi, saya suka dengan keindahan dan kebersihan bandar Madinah. Sangat susah untuk menjumpai sampah di jalanan Bandar Madinah ini. 

Terima kasih atas layanan yang sangat baik kepada Peserta Umrah Sahabat Roselle Marketingoleh kakitangan hotel Almukhtara, polis wanita di Raudhah Masjid An Nabawi, pekerja pembersihan masjid An Nabawi, pekerja pengutip sampah di Bandar Madinah, peniaga kedai dan penduduk Madinah (termasuk penduduk Madinah yang terdiri dari Orang Melayu Malaysia dan Singapura) yang kami temui. 

Trip Ziarah Madinah kali ini, Sesungguhnya, penduduk Madinah memang Kaum Ansar yang sangat menghormati dan meraikan tetamu.Alhamdulillah.

Pada entry ini, saya ingin catatkan travelog umrah kami: Hotel Almukhtara International.







Al Mukhtara International Hotel terletak di kawasan utara pusat (Markaziya Shumali) dan 150 meter dari Nombor Gate 25 Ladies Haram al-Nabawi Sharif.

Untuk hubungi hotel:
 Jalan 60, Peti Surat 15032 Madinah AL Munawwarah KSA


Kedudukan GPS
GPS: N: 24,47310, 39,61201

Susu Cair Alif Penuh Krimer Manis

Susu Cair Alif Penuh Krimer Manis

 Harga: RM 2. 70

Susu Cair Krimer Sejati Alif, Halal Thoyyiba. Cepat ke Kedai Sahabat Roselle Marketing.

Sila hubungi Hotline SRM, Encik Yusuf, 0197703029. 

Hotline Kedai SRM Puchong: 019 7773194 atau 013 3590210 

Atau boleh terus kunjungi Kedai Sahabat Roselle di:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/013 3590210
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]


 

Sunday, 13 May 2012

Gerhana Matahari Cincin Annulus 20 Mei 2012

Gerhana Matahari Cincin Annulus 20 Mei 2012

Gambar Gerhana Matahari dari NASA


Gerhana matahari cincin terjadi apabila bulan yang melintas di permukaan matahari tidak mampu untuk menutup keseluruhan cakera matahari, lalu menghasilkan bentuk seakan cincin.



Gerhana Matahari Cincin (Annulus)

Gerhana matahari adalah fenomena alam yang lumrah terjadi. Pada tahun 2012 ini, gerhana matahari pertama akan terjadi pada 20 Mei 2012 nanti. Gerhana matahari cincin, namanya. 


Laluan gerhana akan bermula di selatan China dan bergerak ke timur melalui Jepun, utara Lautan Pasifik dan ke barat Amerika Syarikat. Gerhana separa akan dapat dilihat di seluruh bahagian di Asia Timur dan kebanyakan Amerika Utara. 

Sayangnya Malaysia tidak termasuk dalam laluan gerhana. 

Fenomena alam yang menarik ini dijangka berlaku  sebelum 6 petang pada 20 Mei 2012. Kira-kira separuh daripada cakera solar akan dilindungi oleh bulan.


Sila lihat Peta maklumat Gerhana Matahari Oleh NASA


Terima kasih, atas kunjungan anda. Sila datang lagi.